nuffnang

Jumaat, 16 Ogos 2013

Anak sulung saya, Aniq

24/7/2013 tarikh kelahiran Muhammad Danial Aniq. Tak sangka dapat anak lelaki, 2 kali scan doktor cakap perempuan 98% pasti.. Sekarang Aniq dah masuk 2 bulan, dah pandai buat bunyi dan kenal mummy dia.. Alhamdulillah mudah je nk jaga.. Cuma kadang2 meragam, biasalah budak kecik kn.. 

Dah ada anak sekarang ni buat saya sedar betapa beratnya tanggungjawab bila dah jadi ibu bapa.. Nak besarkan anak lagi2 dalam dunia sekarang yang makin mencabar.. Kadang terfikir mampukah saya? Macamana Aniq bila besar nanti? Banyak benda yang bermain difikiran. Tapi apa yang mampu saya lakukan cuma usaha dan doa. Selebihnya saya serahkan semua pada Allah.

Buat Muhammad Danial Aniq,
 semoga Aniq membesar dengan baik, jadi anak yang soleh. Jadilah manusia yang berjasa ye sayang.. Mummy dan Abah selalu mendoakan Aniq.. 

Tiada ulasan :