nuffnang

Selasa, 29 Oktober 2013

Petua Kuruskan Badan

Korang nak kurus? haaa... ni ade lagi petua saya turunkan...kihkihkih. petua sangatlah kan.. petualah jugak kot, tapi petua orang muda zaman sekarang... hahaha..

Ok, semua dah ready nak tahu ape petuanya? meh2 saya nak bagi tahu.. Sonang yo, korang gunalah Cur:V dari Catalyst. hahaha... Insya Allah turun punyalah.. Walaupun saya cakap Insya Allah, tak bermakna tak berkesan ye.. Sangat berkesan, cuma ape-ape pun sandarkanlah pada Allah.. Ceewahh... dah macam ustazah pilihan pulak..kihkihkih..

Testimoni Cur:V Catalyst


Jom ramai-ramai try Cur:V.. Insya Allah, korang tak kecewa. Ramai dah try, and terbukti berkesan tau.. Lagi pun Cur:V ni rasanya sedap. Ade dried strawberry lg dalam tu.  Rasa macam yougurt gitulah. So, memang sedaplah kan..

Ape lg, meh kita order-order ye.. hehe, tak rugi kita jaga badan tau. Yang dah kawen tu, suami pun suka bila wife cantik. Yang belum kawen pun tak salah nak bercantik-cantik. Allah suka pada kecantikan. tapi dalam Islam, kecantikan tu biarlah perpada-pada ye.. Jangan sampai berlebihan pulak kk..

terima kasih dah membaca.. 

Petua Awet Muda

Hari ni saya nak kongsi petua untuk kulit cantik yang sepupu saya amalkan. Kulit dia memang cantik, sihat and bersih tau. Ok, meh2 cepat sape-sape yang nak tahu ni. Lepas ni boleh bagi upah kat saya ye.. hehehe

Ala....sebenarnya caranya senang sangat. Sepupu saya ni cuma sapu  Minyak Kelapa Dara je kat muka tiap-tiap malam sebelum tidur. Lepas sebulan memang nampak hasil. Oklah sebab dia rajin. Saya ni buat jugak, tapi sebab kurang rajin, jadi hasil tu kuranglah...hahaha..

Sebenarnya dapat petua ni dari orang bagi tahu sapu minyak zaiton kat muka, tapi memandangkan minyak zaiton mahai ngat, so, tukar dengan minyak kelapa dara ni.. Dan hasilnya, tetap sama..Lagipun jimatlah sikit. Saya dengan sepupu guna produk Catalyst. Minyak kelapa tu pun dari catalyst. Best pakai, muka rasa lembut je esoknya..memang terbaiklah. Tak rugi cuba ni. Cubalah buat hari-hari, hasilnya memang puas hati, Insya Allah..

inilah minyak kelapa dara catalyst..

ini pun minyak kelapa dara jugak, tapi jenis soft gel.

Ahad, 27 Oktober 2013

baby banyak tahi mata

Aniq daripada lahir memang banyak tahi mata. Sekarang dah masuk umur 4 bulan pun masih macam tu lagi. Ramai jugaklah yang tanya kenapa saya biarkan.. adehh... mana ade saya biarkan, letak ubat pun masih juga belum sembuh.

so, my MIL suruh doktor refer pada pakar sebab risau. Yela, anak kecik, kalau tak jaga betul-betul takut melarat sampai besar. Tapi bila saya jumpa doktor, dia suruh tunggu dulu. Buat sementara doktor suruh urut tepi mata dia sebab mungkin saluran air mata dia tersumbat. And doktor bekalkan juga ubat titis mata.

Alhamdulillah, dah 2 hari saya urut tepi mata dia *atas dan bawah*, tahi mata tu dah nampak berkurang sangat. Ubat tak pakai pun, sebab terlupa nak ambik.. *hahaha, nak cepat sangat sampai terlupa*. Sambil-sambil tu saya lap juga mata dia guna air suam.

Ade orang suruh letak susu ibu kat dalam mata. Ntahlah, saya tak pernah buat. Takutlah pulak kang dapat sakit lain pulak. Cuma memandangkan mata Aniq dah makin ok ni,mungkin tak pakailah kot ubat titis mata tu. Hara-harap baiklah mata Aniq, kesian tengok dia bangun pagi tak boleh bukak mata sebab banyak tahi mata.Kalau ade ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama, try buat ye,lepas tu bagi tahulah saya berkesan ke tak , eh...

ok,thanks sebab membaca..

gambar kat blog, penting ke?

saya tertanya-tanya, penting sangat ke eh letak gambar kat blog? kalau kita tak letak, tak ade ke orang nak tengok blog kita?

sejujurnya saya bukanlah kaki tangkap gambar. selalunya amik gambar time ade mood je. kadang-kadang ade juga masa-masa istimewa yang terlepas. kecewa jugaklah, tapi tak lama pun.

sebab tu blog saya tak banyak pun gambar. post-post saya cuma ade tulisan tanpa gambar. hmm, mungkin lepas ni kena rajin-rajinkan diri untuk amik gambar. tak adelah orang bosan bace kan? ade orang suka tengok gambar je.

kebetulan handphone rosak ni, sape nak hadiahkan saya iphone5s?cepat-cepat email saya ye..hahahahaa... gurau-gurau..



haa...dah letak gambar ni.. 


ok,thanks semua sudi baca..

Sabtu, 26 Oktober 2013

ummy masuk wad

Semalam ummy saya kena tahan wad kat hospital pekan. mula-mulanya sebab semput, saya faham sebab ummy memang ada masalah jantung. tapi pagi tadi  ummy bagitahu saya rupanya jantung dia bengkak sebab banyak air.

saya tak pasti apa punca penyakit ni, dah puas saya google pun tak jumpa-jumpa jugak. tak tenang hati bila fikir, ape lagi ummy keseorangan kat hospital, tak ade sape yang menunggu. kalaulah Aniq tak menyusu badan, bolehlah saya tinggal sekejap. ummy pulak duduk wad perempuan, lelaki tak dibenarkan jaga. kesian sangat sorang-sorang kat sana.

sekarang, ape yang boleh saya buat cumalah berdoa supaya ummy saya cepat sembuh. menderita sakit jantung pada usia yang boleh dikatakan muda memang sangat mengecewakan. ummy saya baru umur 40-an. tapi tak apalah, dah takdirnya macam tu, kami redha.

apepun, kami sentiasa berdoa supaya ummy boleh sembuh macam sediakala. sayang ummy..

Bajet 2014,harga gula naik, harga rumah pun akan naik.

Sana sini bukak facebook, bukak blog sibuk orang bagi pendapat tentang bajet 2014 yg baru dibentangkan. banyak komen-komen yang meluahkan rasa tak puas hati. ade yang kata bajet yang mengecewakan, ade yang kata ok. masing-masing ade pendapat sendiri.

ade yang bertanya,ape pulak pendapat saya? hurmm, ikutkan saya memang tak nak komen ape2 pasal bajet ni, tapi saya terkesan dengan kenaikan harga gula. ade yang cakap xde hal lah gula je yang naik. hakikatnya ramai yang tahu bila harga gula naik, benda-benda lain pun akan turut naik. gula pun macam minyak, bila naik, banyak lagi barang akan naik. lepas ni jangan terkejut kalau harga rumah naik melambung lagi sebab gula naik.

nak tahu kenapa saya kata macam tu? sebab gula pun salah satu bahan untuk buat simen, so, tak mustahil harga rumah pun akan naik melambung tinggi. tu baru cerita pasal rumah, banyak lagi kesan- kesan dari kenaikan harga gula ni. pada saya menteri tak patut cakap nak naikkan sebab nak elak diabetis saja. cubalah bagi alasan yang lebih baik sikit. buat orang sakit hati je baca kenyataan dia tu.

Apa pun harga gula pun dah naik, berkuatkuasa hari ni. *tak salah saya*. so, kita berjimat cermatlah ye. lepas ni banyak makan kat rumah sajalah sebab mestilah peniaga akan naikkan harga makanan sebabkan kanaikan harga gula ni. kita faham, peniaga pun nak untung, cuma harap janganlah sampai ade yang cekik darah pulak nanti ye..ok, peace no war..

mekaceh sebab dah baca..