nuffnang

Ahad, 27 Oktober 2013

baby banyak tahi mata

Aniq daripada lahir memang banyak tahi mata. Sekarang dah masuk umur 4 bulan pun masih macam tu lagi. Ramai jugaklah yang tanya kenapa saya biarkan.. adehh... mana ade saya biarkan, letak ubat pun masih juga belum sembuh.

so, my MIL suruh doktor refer pada pakar sebab risau. Yela, anak kecik, kalau tak jaga betul-betul takut melarat sampai besar. Tapi bila saya jumpa doktor, dia suruh tunggu dulu. Buat sementara doktor suruh urut tepi mata dia sebab mungkin saluran air mata dia tersumbat. And doktor bekalkan juga ubat titis mata.

Alhamdulillah, dah 2 hari saya urut tepi mata dia *atas dan bawah*, tahi mata tu dah nampak berkurang sangat. Ubat tak pakai pun, sebab terlupa nak ambik.. *hahaha, nak cepat sangat sampai terlupa*. Sambil-sambil tu saya lap juga mata dia guna air suam.

Ade orang suruh letak susu ibu kat dalam mata. Ntahlah, saya tak pernah buat. Takutlah pulak kang dapat sakit lain pulak. Cuma memandangkan mata Aniq dah makin ok ni,mungkin tak pakailah kot ubat titis mata tu. Hara-harap baiklah mata Aniq, kesian tengok dia bangun pagi tak boleh bukak mata sebab banyak tahi mata.Kalau ade ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama, try buat ye,lepas tu bagi tahulah saya berkesan ke tak , eh...

ok,thanks sebab membaca..

Tiada ulasan :