nuffnang

Selasa, 19 November 2013

Share Dosa

Saya tak fahamlah orang2 sekarang ni. Mudah sangat menyebarkan sesuatu walaupun tak tahu kebenaran atau kesahihan sesuatu cerita. Asal ada cerita je, pakat share semua orang. Lepas tu ada pula versi tokok tambah. Huh, sakit hati pula nak baca. Sebab, bukan boleh percaya.

Ni pagi2 lagi saya dah terjumpa orang post hadis palsu. Geram jugaklah, tapi bila fikir mungkin dia tak tahu, saya ambik keputusan untuk private message (pm) dia. Tak nak la komen kat  bawah post dia tu. Nanti dia malu pulak.

Saya harap dia ok ajelah atas teguran saya tu. Saya tidaklah pandai bab hadis ni, tapi ini yang saya pernah dengar daripada seorang ustaz. Saya tak naklah share dosa. Sebab saya dah tahu, tapi biarkan. So, saya rasa kewajipan saya sampaikan pada yang tak tahu. Risau juga kalau dia marah saya. Tapi tak apalah, saya dah cuba buat yang terbaik. Soal nak terima atau tak, saya tak nak campur.

Andd...akhirnya dia balas message saya tu. Alhamdulillah dia ok je. Lega rasa hati. Semoga Allah memberi kefahaman yang baik dalam semua hal kepada kita semua.



Tiada ulasan :