nuffnang

Selasa, 17 Disember 2013

Aniq panjat Laptop


Aniq sekarang dah laju sangat. Nak pakaikan pampers pun payah. Kadang2 sampai kena pegang kaki supaya tak bergerak. Disebabkan dia pun dah pandai nak memanjat, saya sekarang buat kerja kat bawah je. Kalau saya duduk kat atas, dia mulalah menghulur tangan nak memanjat. Ni dah tak tau bape kali dia jatuh. Tapi tak pernah seriknya.

Baru2 ni saya nak pakaikan dia baju, masa tu la laju je dia melarikan diri. Saya pergi ke dapur kejap, tengok2 dia da meniarap atas lappy. AArrghhh...Aniq nak panjat lappy saya..!! sampainya hati Aniq..waa..Nasib baik dia belum sempat panjat. Klau tak dua2 hancur. Dia tergolek, jatuh, lappy pun patah dua.

Aniq memang teruja je kalau nampak saya bukak laptop. Dia mesti nak tolong ketuk keyboard,tak pun nak berebut mouse..Haihh,sabor ajela anak oii..  Bila dia dah dapat mouse tu, di hempas pulak atas lantai. Memang tak dapat buat apa kalau dia bangun. Bila dia tidur, barulah tenang sikit buat kerja.Tapi kalu Aniq tidur, mummy pulak kacau. Nak cium lah, nak usap kepala lah. Terjaga anak tu..hahaha


4 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Haa...aniq dah di fasa suka tgk skrin ye.. abis la mummy tak leh nak update blog masa aniq tak tidolah ... teruja diorang ni tgk benda bergerak dan bwarna warni tu..

Unknown berkata...

aniq pun heran apa la yang mak dia duk khusyuk sangat ketuk ketuk kibod tu.. kikiki

Unknown berkata...

Itulah..nampaknya kena beli satu keyboard murah utk Aniq..mana tau boleh jadi blogger ganti mummy nanti... :)

QasehnyaRania berkata...

aniq nak bw jugak lettew. hihii