nuffnang

Sabtu, 7 Disember 2013

Saya dan Celcom



Saya adalah pengguna setia celcom. dari awal2 saya pakai handphone, ummy saya cuma benarkan kami semua guna celcom. Bila dah lama sikit, adik2 saya dah malas, dorang tukar pada mxis dsbnya. Tapi saya masih jugalah setia dengan celcom. Sampailah saya dah kawen, my hubby suruh tukar Mxis pulak, tapi ntah, hati tak mahu..Dah selesa dengan celcom

Tapi baru2 ni start pada saya dalam pantang, celcom dah buat masalah. Sebenarnya dari sebelum2 tu lagi, cuma masa tu belum teruk sangat. So, masih boleh sabar. Cuma masa saya berpantang Aniq, saya duduk kat kampung dengan mak mertua. Cuma kami bertiga. Hubby balik 2 minggu sekali..itu pun dapat cuti sehari je.. Sedih.. :(

Bila dah berjauh macam tu dengan my hubby, mestilah rindukan?? Nak call selalu, my hubby sibuk sangat dengan kerja, so boleh mesej ajela. Tapi ntah kenapa,saya langsung tak boleh nak hantar mesej. Haihh, aneh sungguh. Bila call customer servis, dorang cakap tak tau la, tak pasti la, salah sayalah. Mula2 suruh tunggu 3 hari, nnti dorang call saya bgtahu perkembangan siasatan, tapi langsung tak call. Saya call lg, tunggu lagi. Dah banyak kali call sampai saya dah nak abes pantang pun tak settle lagi masalah saya. Last2 meletusla gunung berapi..HAaa..tau kau takut..Geram giler masa tu.. Tapi tetap tak settle jugak..Sabor lagi...

Ntah bila saya tak ingat, tetibe boleh pulak hantar mesej. Lega betul.. Tak jadi nak tukar maxis, bengang my hubby..hahaha.. tapi masalah lain pulak datang. kali ni tak boleh nak guna internet. Puas la saya call centre tanya kenapa, dia cakap tak tau lagi. Saya mula lah nak marah, tapi sabor sebab padan muka saya, dah tau celcom teruk, nak pakai jugak. Huh.!!  Tapi masalah ni tak lama, tak sampai la sebulan and dah ok balik.

Lepas tu datang lagi masalah. Dorang hantar mesej suruh reply ape tah saya dah lupa. Alih2 kena tolak kredit 3 ringgit. Dorang cakap salah saya. Apa salah saya? Dorang yg tulis free.. Malas nak berbalah, saya ok kan aje. Lepas tu lebih kurang sebulan dapat lagi mesej.Kali ni tak tulis free tapi tak juga cakap berbayar. So, saya dengan baik hati and lurus, p reply..Adoii..lagi banyak kena telann..!! rm7 tuu.. Hangin satu badan la..Tak pernah hidup saya p marah2 kat orang. Hari tu kurang la pahala saya. Marah bukan main. Apa operator tu boleh buat,dengar ajela.Lepas tu tolong saya buat report. Terubat hati kejap sebab layanan bagus.

Sekarang saya masih guna perkhidmatan celcom. Susah nak buang celcom dalam hidup saya..*cewahh..cam gedikss pulak kn??*. Maxis memang awal2 saya reject,dari awal saya memang bernasib buruk dengan maxis..hahaha..yg lain tak boleh pakai sebab saya duduk dalam hutan ,susah dapat line..kihkihkih..

apapun saya masih mengharap celcom akan perbaiki  sistem dorang agar lebih baik. Saya sayanggg celcom..huhu..Tapi tak mo percaya sangat da.. Takut kena telan kredit lagi nanti.. Penat da nak mengadu kat celcom. Asyik2 nama saya je yg call.. Malu lerr...


Tiada ulasan :