nuffnang

Sabtu, 9 Ogos 2014

Avon Anew White.. Macam ok!

Assalamualaikum.. Hai!

Baru2 ni kan,, kiranya lepas raya lah saya perasan yang muka saya ni mengalami sedikit perubahan. Bukan lah perubahan apa sangat, cuma muka saya ni jarang sangat ditumbuhi jerawat. Sekarang ni ada pulak 3 biji kat muka.

Sebiji dah munculkan diri dari minggu lepas lagi. Agak besar gak. Sebiji kat pipi. Lepas tu tumbuh lagi sebiji betul2 kat hidung. Yang ni tak nampak sangat. Kalau tengok dekat2 baru nampak. Tapi sakitnya.. Tak tau nak cakap.. Tak cukup lagi tu, muncul lagi sebiji kat tepi hidung lak. Alahai.. Ngape la agaknya ye.. Badan ni dah merajuk sebab saya tak pandai jaga ke?

Dah nampak tanda2 gitu, saya rasa saya kena jaga muka. Sikit2 pun jadilah. Jangan tak buat langsung. Masalah saya ialah, saya tak tau nak pakai produk apa. Saya nak pakai yang set penjagaan muka yang catalyst tu malas pulak. Percayalah, awal2 je semangat.. Masuk minggu ke tiga dah tinggal dah semua tu. Nak cuci muka pun malas. So dah faham tentang diri sendiri, nampaknya saya kena cari yang jual satu2 punya. Saya nak cari pencuci muka aje.

Saya ni kulit kombinasi. Bukan tak ada produk untuk orang yang macam saya ni. Tapi kebanyakan saya pakai kurang sesuai dengan saya. Olay yang saya dok pakai dari bujang dulu pun dah rasa tak ok sangat pada saya. Jadi tengah fikir2 tu saya dok mengemas barang. Eh.. Terjumpa 1 tube kecik cleanser anew white Avon. Agaknya mak mertua saya punya. Sebab dia pakai produk Avon. Kecik aje tube tu maybe yang sample punya. Tak apalah, memandangkan dah ada kat tangan, saya nak cubalah..he he




Lepas dah cuci muka, rasa macam kulit agak kering. Rasa tegang je. Tapi tak rasa pedih ke apa. So saya biarkan je. Rasa macam tu tak lama pun, kejap aje dah hilang. Rasa macam ok pulak. Sebab kat bahagian muka yang kering tu dia tak jadikan kering& yang bahagian yg berminyak tu tak jadi makin berminyak. Cukup2 selesa je pakai.. Kadang2 kan ada jenis pencuci yang kata kulit kombinasi.. Tapi pakai rasa macam tak ok sangat pun. Bila dah jumpa yang ok ni, semangat sekejap nak mula rajin cuci muka. Saya dah 3 kali guna cleanser anew Avon ni. Rasa memang macam ok la.. Haha.. Nak kena pujuk hubby ni. Minta belikan 1 untuk saya. Kalau betul2 ok, nak terus yang ni je. Lepas pakai pun rasa kulit cerah sikit.ceewah... Perasan lak dia ni kan..hehe..

Alaa..saya bukan nak kejar nak jadi putih ke apa. Yang macam sekarang ni dah cukup. Putih2 sangat kang jadi macam hantu pulak. Bukan jadi cantik, jadi nampak pucat aje lebih.. Tak lawa lah kan..

P/s: bagus juga dapat pakai produk Avon. Saya ni harap je ahli, Tapi lama dah tak membeli.. Hehe :D

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :