nuffnang

Ahad, 21 Disember 2014

Novel, blog & me..

Saya start menulis since saya umur belasan tahun. Dulu terpengaruh sangat dengan novel,  so berangan nak menulis novel. Seingat saya, dah ada 2 or 3 buah buku yang saya tulis dijadikan novel. Seronok sangat. Kalau ada idea, sampai ke pagi saya tak tidur.

Saya memang suka berangan. So, menulis mereka -  reka cerita ni sesuai sangat dengan saya.  Banyak sangat idea sampai ada orang nak bagi saya laptop sebab tengok semangat saya menulis guna pen je masa tu. Bukan sehelai dua sekali tulis., berhelai-helai.. Idea banyak kononnya.. Hehe..  Tapi nak dapat laptop kena menulis ikut isi yang dia bagi. Mana nak jadi idea macam tu. Akhirnya tak dapatlah laptop.. Kesian saya.. Sob.. Sob..

Sampai sekarang saya dah tak tahu mana pergi buku² yang saya tulis tu. Kawan² minta  nak buat kenangan katanya. Saya tak tahu lah cerita saya merapu tu betul sedap ke apa. Tapi memang ada peminat setia.. Hahaha.. Mula²  tak tahu pun, sekali ada seorang kakak bagi tahu saya kenapa saya tak sambung cerita yang tergantung tu? Cerita tu best katanya.. Aduhai, malu betul. Ni kes menulis banyak², lepas tu tertidur dengan buku yang terbuka. Orang pun baca. Malu sebenarnya  sebab saya tak suka orang baca apa saya tulis. Hehe

Sekarang semua tu dah tinggal kenangan je. Saya berhenti menulis dah terlalu lama. Rasanya dah 10 tahun kot. Skill mengarang pun dah tumpul. Sekarang merapu kat blog je..  Dulu ada blog, tapi baru tulis 2 entry saya lupa password..  Agak sedih la masa tu sebab saya dah semangat nak menulis semula.. . Lepas jumpa blog kak ina, barulah ada keberanian nak menulis semula.. Tapi dah nak kena asah balik.

Saya rasa style saya bercerita ni agak boring sebenarnya. Saya baca pun boring, tapi nak juga bebel panjang² sebab saya dah terbiasa dari dulu. Cikgu saya pernah baca novel yang saya tulis. Tak tidur malam dia baca. Punya lah panjang membebel kan.. Karangan saya pun pernah dapat best karangan masa exam. Tapi tu dulu. Sekarang hampeh..

Hubby saya pun minat nak menulis blog. Sebab tu bila saya bagi tau dia saya nak buat blog dia setuju je. Saya masih menunggu bila lah dia nak buat. Saya nak dia ada blog sendiri. Tak nak share. Nanti orang pening. Setakat ni dia masih happy dengan mini garden dia. So, rasanya lambat lagilah dia nak menulis no.. Ish³.. Tunggu kucing berjanggut kot.. Haha.. Jangan marah sayang..  :) 

5 ulasan :

Puan Kutu berkata...

apa salahnya asah kembali skill menulis yg dah tumpul tu..tulis balik kt blog mana tau satu hari jadi novelis..kot2 tiba2 ada org nak terbitkan novel syaz..:)

Unknown berkata...

Haha.. Xnak dah la kak muni.. Letih menulis novel.. Panjang berjela nak reka cerita.. Siap bukan sekejap, lama berbulan baru siap satu. Tu pun kalau berbulan, kalau makan tahun lagi parah..

QasehnyaRania berkata...

gaya penulisan syaz bersahaja.so mana ada boringnya.teruskan la.. ;)
nti oesan dkt hubby syaz kongsi idea atau tips berkebun

Maria Firdz berkata...

hehe.. ada bakat juga untuk mnulis tu ...

Unknown berkata...

bestnya kalau sya ada bakat menulis... bakat terpendam ni