nuffnang

Jumaat, 19 Disember 2014

Tangan sejuk & tanah subur

Suka tengok hasil tangan hubby kat mini garden dia ni. Memang menjadilah. Pokok² semuanya cantik. Berbunga elok. Pokok cili saya yang dulu berbuah jarang², sekarang dah banyak buah. Alhamdulillah, thank you  sayang, tolong sama jagakan pokok ayang..

Yang paling saya suka dah tentulah pokok bunga yang lebat &  cantik² bunganya.. Waktu tengah hari lah yang paling best nak tengok. Kembang mekar setaman. Antara pokok lain yang sihat membesar adalah pokok ati- ati. Pokok ni daun dia lebar² tau. Saya tengok geram aje.. Rasa nak petik, kang kena marah pulak dengan tukang kebun ni.. Hehe

Tapi tadi geram tak boleh
tahan, saya petik juga sehelai daun ati- ati tu. Punya lah besar, sama besar dengan tangan saya. Letak kat muka pun nampak daun je. Muka saya dah tak nampak..


 Korang abaikan ajela barang adik saya yg bersepah tu

Tengok, punya lah besar daun dia.. Teruja saya tengok. Siap boleh buat kipas. Haha untunglah orang yang tangan sejuk ni.. Saya ni tanam sireh pun tak hidup². Ntah kenapa.  Mati pulak. Dah 2x tanam ni. Kalau sekali lagi tanam pun mati, kena minta orang lain tanamkan lah nampaknya.



Yang ni hasil dari pokok cili. Memang cili ni saya yang tanam. Tapi my hubby yang dok belai tiap² hari. Saya masa awal je semangat. Sebab masa tu Aniq kecik lagi. Sekarang mana boleh lepas, dia lari kat jalan raya nanti. So, tugas ni saya serah kat hubby. Sekarang pokok tu dah keluar buah sampai montel macam ni. Saya panggil cili montel. Punya lah gumuk cili ni. Yang pokok lain cili nya kurus memanjang je. Yang ni montel betul. Seronok tengok pokok dah keluar hasil. Nak makan, keluar rumah, petik je.. Dah boleh guna.. Untung berbakti pada tanah kan.. 

5 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

tengok cili segar tu pun rasa geram.. memenag suami syaz jenis tangan sejuk ni.. berkat usaha gigih sekali.. memang puas hatila dapat tengok hasil tangannya ni..

iryantyismail berkata...

salam kenal sya...berkilat cili tu..

iryantyahamad.blogspot.com

QasehnyaRania berkata...

betul tu sya
seronk rumah dduk atas ni macam ciksu rumah dok atas rumah
nk tanam mendenya

betul tangan sejuk memang mnjadi
mcm adik ciksu yg no 3 apa ditanam alhamdulillah
buah mata kucing dah boleh makan
sama juga dgn ayah ciksu

ciksu punya tangan sama aje mcm sya..hihi
tanam tak lama kiok

Puan Kutu berkata...

mmg untung org yg tangan sejuk ni..baguslah berbakti pada tanah..cili pun segar tanpa racun..

Unknown berkata...

eee bestnyaa hubby sya pandai bercucuk tanam.. org tangan sejuk ni buat apa2 pon semua menjadi