nuffnang

Ahad, 12 April 2015

rumah baru kami..

salam.. hi..

 masa tahun lepas, hubby ada beli rumah kat tempat kerja dia sekarang ni. kat bandar satelit muadzam ni. asalnya, payah sangat nak dapat sebab company tempat kerja hubby ada masalah. akaun tak cun sebab  kena bayar hutang akibat ada boss yang lari bawa duit company bernilai jutaan ringgit. kesian diorang.. kalau ikut akaun hubby pulak, tak ada masalah.. bak kata penyanyi sleeq..cun saje..hehe

tapi company besar ( main con) masuk campur, keluarkan surat kata hubby ni pekerja pnjaman dari company besar, maka settle dah masalah akaun company yang sangkut kat bank tadi.(hubby ni kerja dengan sub con je). berbulan jugalah sebenarnya. kalau ikutkan proses dia kejap je. kawan hubby yang gaji lagi kecik tu pun dah lama lepas, kita ni masih tertunggu-tunggu. alhamdulillah, berbaloi tunggu. dapat lepas juga.. saya terima kasih sangat la pada boss besar yang nak bantu. walau boss tak bagi diskaun pun pada pekerja nak beli rumah. kalau tempat lain , memang  ada and banyak diskaunnya. lepaslah 20k macam tu.. tapi tak, apa.. saya ok je.. dah dapat ni pun bersyukur sangat...

so, semalam saya pergilah melawat rumah yang tak siap lagi tu. saje lah kan.. hubby dah ajak nak tengok. sebab nak tunjuk pelan kang,saya tak pandai baca pulak. baik tengok. saya masuk dari pintu belakang. masa mula ok je. sampai ruangtamu pun ok. cuma bilik dia saya rasa kedudukannya pelik. tapi ok lagi. masuk kat master bedroom, hambik ko.. jerit terus.. alaa... keciknya.. bukan maksud saya bengang sebab rumah kecik, tapi sebab design dia yang sangat tah apa-apa buat bazir ruang aje. tempat yang patut boleh masuk macam-macam dah jadi boleh masuk katil and almari je. bilik air dalam bilik pun kecik. baik tak payah buat. ruang lain pun rupanya macam tu. yang saya fikir ruang tamu besar tu sebenarnya kena kongsi dengan dapur.. adoii..teruk punya design..

Dari depan rumah,rumah sy yg no 2.


tu hubby cakap pada saya, tak boleh nak kata apa lah sebab arkitek yang buat design tu. diorang ni tukang buat je.. hehe..ok2, kesian hubby.. macam salah dia pulak kan.. kebetulan masa saya keluar tu, terserempak dengan boss hubby yg sub con tu. dia tanya saya, cantik tak  rumah? saya gelak je.. haha.. tak tau nak kata apa.. sekali boss kata, ok lah tu.. kalau ikutkan rumah u yang paling cantik berbanding jiran sebab boss suruh hubby jaga elok-elok rumah tu. buat cantik-cantik..hehe..sengeh aje saya. lepas tu boss panggil hubby. diorang masuk tengok rumah lagi. tapi saya tunggu kat office je..

esoknya baru saya tau, bos bagi hubby renovate terus rumah tu, tak payah tunggu siap. apa nak buat, terus buat, semuanya bos tanggung.. Ya Allah.. terkejut saya dengar. tak sangka kan..baik betul hati bos. kitorang memang fikir nak kena renovate rumah tu. kalau tak pembaziran ruang sangat.. 

insya allah, dah siap sikit nanti saya nak tengok lagi. kalau ikutkan ada bilik nak pecahkan tu. buat bilik lain kat belakang. Tapi tak boleh. Takut nanti orang lain nampak,diorang pun nak buat juga. Jadi, dapat renovate dalam je dulu. tengoklah nanti hasilnya. harap semua berjalan dengan lancar..amin.....

P/s: serah kunci mungkin dalam bulan 9..

10 ulasan :

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah..untungnya ur hubby sendiri tukang buat rumah.untung juga dapat boss yang baik..Syukur!Bukan semuanya orang mampu memiliki sebuah rumah..

Aisy Nasiha berkata...

Untungla gitu.. company sendiri yg buat rumah.. leh renovate awl2 taklah susah2 renovate lepas dah masuk.. jimat kos. Mesti dh tak sabar nak tunggu bln 9 ya..

Unknown berkata...

@Aisy Nasiha aah kak AN, jimat Sgt kos..

Unknown berkata...

@Puan Kutu Alhamdulillah.. rumah pun kecil je sebenarnya.. tp ok la kan.. dpt tu pun bersyukur Sgt dah...:)

Unknown berkata...

alhamdulillah.. murah rezeki awak berdua..

Unknown berkata...

@Rai OurKizuna Alhamdulillah..

aziazib berkata...

alhamdulillah. org kata rumah kecik pn xpe jnji ada rumah tpkan bila kita dah duduk mulalah rasa susahnya rumah kecim jd renovatelah semaksima mungkin hihi. .

Unknown berkata...

alhamdulillah sya..nnt kita dpt kunci sama2 la ni bulan 9..hehe jom kita share2 deko2..hehe

xpe..janji ada rumah sendiri..ruang kecik kita bg nampak besarr

Unknown berkata...

@Azi Azidah insya Allah akan renovate sehabis sehabis maksimum

Unknown berkata...

@azizah green line kecil Sgt Jijah.. tu yg kena renovate