nuffnang

Isnin, 1 Jun 2015

Pandangan saya berkaitan homebirth

Assalamualaikum.. selamat pagi kawan- kawan..

 Hari ni, di pagi ni Sya rasa tak best betul lah. Buka FB dah terbaca pasal doktor doktor bergaduh sebab tak sependapat. Apakah ini? Bergaduh, hentam sana sini.. aduhai.. Sya ni orang awam , bila nampak benda² macam ni jadi geram la pulak.

Ok.. apa sebab diorang ni bergaduh? Puncanya adalah sebab homebirth sahaja. Bagi orang yang berkaitan dengan bidang perubatan, ni Sya ingatkan, 

1. Ini pendapat Sya sebagai orang awam sahaja.
2. Sila Baca dulu sampai habis, baru nak cakap apa² ye..

Thank you..

Ok.. macam Sya kata Kat atas tadi,bergaduh pasal homebirth. Ada 2 doktor, seorang yang menyokong homebirth, seorang lagi menentang.  Bagi orang macam Sya, bila jadi macam ni Sya suka duduk tengah², baca Dan cari info pasal homebirth. Jadi, secara singkatnya Sya bagi tau apa yang Sya dapat. Nak tulis panjang² kang payah korang Baca.

Dari sebelum kecoh pasal homebirth ni, Sya dah cari info pasal bersalin di rumah. Sya pergi klinik Tanya nurse. Masa tu cari info sebab nak sangat bersalin Kat rumah sebab trauma bersalin di hospital. Bukan sikit trauma, serious sampai sekarang kalau ingat Rasa nak nangis. Benda dah 2 tahun berlalu, tapi sikit pun tak boleh lupa. Sebab ini lah Sya belum bersedia nak tambah baby. Tak boleh, memang nak elak sangat bersalin di hospital. Nurse cakap pada Sya , boleh bersalin di rumah dengan bersyarat. Sya pernah cerita pasal ni dulu. Sya tambah lagi ye, sebab info yang dulu tak lengkap. Kita ni dibenarkan bersalin di rumah dengan pengawasan nurse, maksudnya kita minta untuk nurse datang rumah masa kita dah nak bersalin. Diorang akan tunaikan insya Allah ..

So, dari apa yang Sya tau, tak ada pulak hospital or doktor or nurse yang menghalang ibu bersalin di rumah. Kalau diorang menghalang, tak kan pulak diorang tulis Kat situ kan. Cuma mestilah ibu dalam kategori ibu berisiko rendah. Itu info Sya dapat dari hopsital. Sya bersyukur sebab walaupun staf Kat hospital sini banyak yang tak ok, tapi nurse klinik ibu anak sangat² bagus. Sya suka cara kerja diorang. Tak ada marah² orang macam Kat tempat lain. Bila kita tanya, diorang dengan baik nya bagi info apa yang kita nak tau. Jangan ada yang memandai cakap Sya dapat info dari Google ke apa ye. 

Kesimpulan Kat sini sebenarnya, tak salah pun nak bersalin di rumah. Jadi, tak perlulah doktor² Kat FB tu mengamuk mengamuk sakan macam apa ntah. Kita yang orang biasa ni pulak malu tengok perangai masing². Apa salahnya, cakap baik², tapi mestilah bagi info yang betul. Bukan hentam orang macam awak pun sama macam orang yang awak hentam. Bagi tau semua orang,ibu² yang rendah risiko ini boleh Dan dibenarkan bersalin di rumah dengan syarat minta nurse datang rumah. Janganlah asyik nak cakap orang tu sesat la, fatwa baru la.. Sakit hati ibu² ni tau. Geram dengan doktor yg mulut lepas ni. Cili kang baru tau! Tau nak nafikan aje, habis tu apa benda yang ditulis Kat papan tu sekadar tulis aje ke kalau perkhidmatan tu tak wujud?

Ibu ² macam Sya yang teringin sangat nak bersalin di rumah,sebelum mengandung lagi, bincang dengan suami,doktor n nurse. Cara nak dapatkan khidmat nurse bantu kita bersalin Kat rumah. Janganlah cuba² nak bersalin sendiri. BAHAYA! KENA INGAT TU!

Yang nak ibu berisiko tapi nak gentle birth boleh minta dengan hospital. Bincang dengan doktor. Insya Allah ada jalannya. Kita usaha la ye.. jangan putus asa. Sekarang pun dah ada hospital yang birth friendly. Kat mana tu Sya tak pasti,korang boleh tanya² la Kat tempat korang nak bersalin nanti ye..

Semoga selamat lah semuanya.. tak mo gaduh². Ibu ² ada hak untuk dapatkan keselesaan semasa bersalin.Jangan nak nafikan pulak ye.. sekian..

P/s: ini hanya pendapat ibu kampung yang dah berusaha mencari info dengan bertanya pada doktor n nurse. Segala apa yang tertulis Kat sini adalah memang dari mereka bukan rekaan saya sendiri..

9 ulasan :

nur anis berkata...

saya alhamdulillah tak ada masalah bersalin kat hospital hari tu. doktor biar je saya bersalin naturally. walaupun overdue, waktu due date baby tak engaged lagi. tapi doktor kata, tak apa. tunggu je.

Unknown berkata...

assalamualaikum @nur anis bagus lah doktor tu kan. sya nak macam tu la.. kita pun rasa tenang n selesa kan.. sya nak sangat macam tu utk baby akan datang..

Puan Kutu berkata...

biasalah tu doktor pun Ada pendapat masing2.too kena explain dengan elok la warpa nak gaduh.belajar smp jadi dokjtor take ayah la nak runjuk Sgt ketidakpandaian itu..

klu sanggup ambil risiko n selesa bersalin kt rumah pastu Ada ilnu yg cukup take salah no hone birth..hospital pun Bukan semuanya staff tak bagus.akk bersalin dua2 Alahamdulillah staf semua baik je..

Unknown berkata...

emm betul..pasal homebirth, vaksin mmg solan sensitif..pilihan ibu nak bsalin macammana pon cuma yg kita takut jika ada komplikasi kat rumah tu..org sekarang dah bijak pandai bsalin kat rumah sendiri2 bila ada komplikasi baru p hosp..

apa2 pon kena bincang baik2 gan pihak klinik lau nk bsalin kt rumah..pastikan xde mslh kesihatan yg lain yg penting ada ilmu

iryantyismail berkata...

asalamualaikum sha...tq info....:-))

adik lelaki kak yan lahir di rumah

Pha Is berkata...

bagus la kalau macam tu.. dapatkan info dari mereka yg ahli, bukan sekdara google maklumat yg dari situ sapa2 pun boleh tulis. :)

Siti Natrah berkata...

kalau bab trauma ni yang takut tu..tapi alhamdulillah bersalin dekat private..layanan diorang terbaik..nak beranak kat rumah tu takutlah.tapi mak-mak kita dulu boleh jerkan...

Yanieyusuf.com berkata...

tq for info..Teringin nak merasainya.


Salam blogwalking: www.yanieyusuf.com

QasehnyaRania berkata...

pendapaat msg msg kan.
saya setuju dgn saya..
saya hri tu alhmdulillah. selesa dan dapaat layanan sewajarnya. actually, ramai yg x berani bsalin di hospital tu. entah saya pon tak pasti kenapa.sbb setiap kli ada yg bertanya saya bersalin di mana pasti cakap oke ke hospital tu ?

yg pasti saya dpt bidan dan doktor perempuan itu yg saya nak dr dlu..